Saham McDonald’s & Starbucks Menjunam Parah, Salahkan Konflik Israel-Hamas!

2,208

Kedua-dua syarikat restoran terbesar AS itu berpendirian bahawa perang Israel-Hamas menjejaskan jualan mereka sejak akhir tahun lepas.

Saham McDonald’s jatuh hampir 4% semalam selepas ia dilaporkan berlakunya kelembapan jualan akibat konflik Timur Tengah yang semakin meningkat dan menyebabkan mereka kehilangan pendapatan pada suku keempatnya.

Saham Starbucks pula jatuh kira-kira 2% sejak pagi tadi apabila syarikat itu melaporkan bahawa situasi perang kekal menjadi topik utama yang menjejaskan jualannya dalam tiga bulan terakhir ini.

Syarikat gergasi itu merupakan di antara beberapa syarikat AS yang bersetuju mengatakan konflik Israel-Hamas menjejaskan jualan mereka dan mungkin mencapai sasaran permintaan pada suku masa hadapan.

Starbucks menjadi sasaran boikot secara besar-besaran apabila Persatuan Pekerja Starbucks (SWU) menzahir solidariti mereka terhadap rakyat Palestin yang dibunuh kejam oleh tentera Israel.

Walau bagaimanapun, syarikat itu bertindak untuk menyaman dan memberi amaran kepada kesatuan itu kerana ia melanggar etika tanda dagangan.

Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Chris Kempczinki berkata syarikat itu menyaksikan jualan yang lebih lemah disebabkan oleh beberapa negara Islam seperti di Timur Tengah, Malaysia, Indonesia dan Perancis melaksanakan aktiviti boikot secara besar-besaran.

McDonald’s tidak akan menjangkakan jualan mereka akan pulih apabila tamatnya perang di Timur Tengah.

Selain itu, beberapa aktivis global juga turut menyeru supaya memboikot syarikat restoran AS seperti Domino’s Pizza, Papa John’s, Burger King dan Pizza Hut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat