Saham Meta Sudah Tidak Relevan, Pelabur Mula Hilang Minat Kepada Metaverse?

2,951

‘Asyik sibuk pasal Metaverse sampai yang asas dilupakan, mana tak pelabur pun hilang minat.’

Facebook milik Meta Platfrom Inc menyaksikan sahamnya semakin hari semakin menurun ekoran minat pelabur yang berkurangan.

Walaupun saham Facebook lebih murah daripada saham nilai purata, namun ia masih tidak cukup murah untuk bargain-hunting di pasaran saham.

Penyebab utama kepada masalah tersebut adalah kerana pelabur sudah mulai hilang keyakinan terhadap kebolehan Meta Platfrom Inc dalam mengembangkan perniagaan terasnya dan memberikan hasil daripada perbelanjaan besar dalam merealisasikan peralihan strategi metaverse.

Menurut penganalisis Lightshed Partners, Richard Greenfield, keadaan persaingan yang meningkat bercampur dengan kekurangan keterlihatan pada anjakan metaverse, di samping risiko pengawalseliaan telah membuatkan ‘keterujaan pada saham meta berkurangan’.

Umum mengetahui bahawa sebelum ini saham Meta telah merosot teruk selepas laporan pendapatan suku tahunan pada Februari memperlihatkan sesi penjualan besar sehingga mengurangkan nilai pasaran sebanyak US$500 bilion.

Ekoran daripada itu, beberapa penganalisis dari JPMorgan Chase & Co ke BMO Capital Markets telah menurunkan penarafan terhadap Meta dan memberi amaran kepada pelabur mengenai prospek syarikat yang dianggap kurang memberangsangkan.

Meta juga kini menyaksikan penjualan sahamnya kurang daripada 15 kali anggaran pendapatan, seterusnya menjadikan ia lebih murah daripada indeks nilai S&P 500 syarikat seperti Deere & Co yang tidak mahal berbanding keuntungan.

Memetik sumber dari Bloomberg, saham Meta jatuh 2/3 daripada saham dalam indeks S&P 500.

Ini merupakan kali pertama Meta menghadapi masalah isu tersebut sejak syarikat tersenarai di bursa utama Amerika Syarikat (AS).

Menambah duka, lantunan dari paras terendah 2 tahun yang dicatat Meta pada Mac 14 lalu masih gagal menarik perhatian pelabur kerana secara keseluruhan ia masih jatuh 44% dari rekod terbaik pada September.

Pengurus portfolio kanan Roosevelt Investment Group, Jason Benowitz, berpendapat bahawa terdapat banyak ketidaktentuan daripada prospek pertumbuhan Meta, maka tidak hairan mengapa ramai pelabur bertindak ‘keluar’ daripadanya.

Selain itu, ketidakpastian mengenai penglibatan Mark Zuckerberg ke dalam metaverse turut menyumbang kepada faktor kehilangan minat pelabur dalam saham berkaitan Meta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat