Saham Optimax Catat Penurunan Pada Hari Kedua, Pelabur Dah Mula Ambil Untung

307

Harga saham Optimax Holding Bhd menurun ketika sesi dagangan pagi ini berikutan para pelabur telah mengambil keuntungan selepas kali pertama syarikat itu tersenarai dalam Bursa Malaysia semalam apabila harga sahamnya meningkat dua kali ganda daripada harga terbitannya iaitu 30 sen.

Saham Optimax menurun sebanyak 6 sen atau 8.76% kepada 62.5 sen, dengan kira-kira 7 juta unit didagangkan.

Sebelum itu, harga saham Optimax dilihat mencatatkan paras terendah hari ini kepada 61 sen berbanding ketika sesi dagangan ditutup semalam iaitu 68.5 sen.

Menurut penganalisis TA Securities Holding Bhd, Tang Kong Jin, pihaknya menilai saham Optimax pada nilai saksama (FV) sebanyak 40 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Dalam pada itu, kumpulan penyelidik Public Investment Bank Bhd menyatakan kekuatan kompetitif Optimax merangkumi beberapa faktor.

Antaranya, mempunyai rekod kewangan yang baik selama 25 tahun, mempunyai rangkaian pusat pakar mata swasta yang berkembang maju di Malaysia, mempunyai pakar bedah mata yang berkelayakan dan berdedikasi serta mempunyai pasukan operasi dan pengurusan yang berpengalaman.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat