Saham Pasaran Asia Susut Ekoran Sekatan Perjalanan Di Shanghai

209

Pasaran saham Asia merosot pada Isnin ekoran sekatan perjalanan Covid-19 di Shanghai yang memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan rantaian bekalan, seterusnya menambah tekanan inflasi.

Peningkatan kes Covid-19 di China telah menyebabkan banyak firma menggantung operasi dan mengarahkan para pekerja untuk bekerja dari rumah dalam sekatan 2 peringkat semalam 9 hari.

Selain itu, sentimen berisiko muncul di sebalik harapan dalam rundingan antara Rusia-Ukraine yang akan diadakan di Turki minggu ini bagi membincangkan penerimaan status neutral yang dicadangkan oleh Presiden Volodymyr Zelenskiy.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun turun 0.1% sementara Nikkei Jepun jatuh 0.4%.

Niaga hadapan S&P 500 susut 0.2% dan niaga hadapan Nasdaq Composite gugur 0.3%.

Menurut penganalisis di Citi, pasaran Wall Street terbukti sangat berdaya tahan dengan kesan tindakan hawkish Federal Reserve (Fed).

Tambahnya, ia menjangkakan Fed akan meneruskan kenaikan sehingga 2023 bagi mencapai sasaran pada 2.5% ke 2.75%, selepas ia meramalkan 275 mata asas dalam polisi pengetatan tahun ini termasuk kenaikan separuh mata pada Mei, Jun, Julai dan September.

Sementara itu, data senarai gaji yang akan dikeluarkan pada Jumaat menjangkakan peningkatan kukuh sebanyak 475,000 dengan kadar pengangguran cecah paras terendah sebanyak 3.7%.

Di samping itu, turut menjadi perhatian adalah tinjauan mengenai pembuatan global dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

Dalam pada itu, hasil perbendaharaan 10 tahun lonjak 33 mata asas minggu lalu dan dijangka meningkat 66 mata asas pada bulan ini sebanyak 2.48%.

Ringkasan mengenai pasaran mata wang, Yen catat kerugian ekoran pembuat dasar di Jepun mengekalkan hasil sekitar sifar dan harga komoditi yang meningkat menyebabkan bil import melonjak.

Dolar lonjak 6.2% berbanding Yen untuk capai 122.18 manakala Euro naik 4% berbanding Yen pada 134.27.

Penurunan Yen telah dorong indeks dolar meningkat pada 98.848, kenaikan bulanan 2.2%.

Bagi komoditi, harga emas kekal pada $1,955 per auns, naik 2.5% pada bulanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat