Saham Plytec ‘Debut’ Cemerlang Di Bursa ACE Malaysia

227

Hari ini, saham Plytec Holding Bhd, kumpulan penyelesaian dan perkhidmatan kejuruteraan pembinaan telah mendapat sambutan hangat semasa penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Semasa pembukaan, saham Plytec didagangkan dengan harga 36 sen iaitu beza satu sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) iaitu 35 sen.

Dalam tempoh 45 minit pertama, kaunter kedua paling aktif itu turun kepada 34 sen dengan 54.4 juta saham bertukar tangan. Kumpulan itu juga turut memperbesarkan terbitan saham sebanyak 606.06 juta dengan modal pasarannya kira-kira RM 212.12 juta.

Plytec berjaya mengumpul sebanyak RM37.1 juta berdasarkan IPO dan RM7.8 juta daripadanya dimanfaatkan bagi tujuan mengukuhkan kedudukan dan meningkatkan kapasiti bagi peralatan kerja sementara.

Pengarah Urusan Kumpulan, Yang Kian berkata bahawa pasaran domestik menyumbang paling banyak semasa pembukaan jualan saham tersebut dan Plytec akan terus mengkaji untuk mengembangkan perniagaannya di peringkat serantau.

Ujarnya lagi, kemasukan Plytec di Bursa Malaysia adalah satu langkah penting ke arah menjadikan kumpulan penyedia penyelesaian kejuruteraan terkemuka itu menunjukkan keyakinannya untuk terus berkembang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat