Saham Raih Momentum Tatkala Jangkaan Kenaikan Kadar Mula Pudar

112

Indeks ekuiti global mencanak sementara saham Wall Street mengurangkan keuntungan semasa lewat sesi dagangan tatkala dolar menyusut.

Difahamkan bahawa sentimen pelabur memulih sedikit selepas jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 100 mata asas mengurang kepada 29% daripada 80%.

Perkara tersebut disokong oleh Jim Barnes dari Byrn Mawr Trust dengan menyatakan Federal Reserve (Fed) memasuki tempoh tenang yang memungkinkan kenaikan 75 mata asas berbanding 100 mata asas.

Tambahnya, data ekonomi yang memberangsangkan menambah selera pelabur dan merancakkan semula pasaran ekuiti sungguhpun hasil perbendaharaan kekal mencanak.

Laporan Refinitiv mengatakan 40 syarikat dalam S&P 500 mencatat keuntungan di atas jangkaan, seterusnya mengukuhkan lagi keyakinan pelabur.

Melihat papan, indeks Dow Jones Industrial jatuh 0.69% pada 31,071.75 sementara S&P 500 hilang 0.84% pada 3,830.82 dan Nasdaq Composite turun 0.81% pada 11,360.05.

Sebaliknya, tolok MSCI saham seluruh dunia pula capai 0.06% dengan STOXX 600 naik 0.93% selepas ditutup pada paras tertinggi 3 minggu ekoran kebimbangan kesan kekurangan bekalan tenaga di Eropah.

Aliran mata wang memperlihatkan indeks dolar berundur daripada paras tertinggi 20 tahun apabila ia jatuh 0.38% dengan Euro naik 0.56% pada $1.0143.

Penanda aras nota perbendaharaan 10 tahun jatuh 12/31 dalam harga pada hasil 2.9725% daripada 2.93% semasa lewat Jumaat.

Bagi komoditi, harga minyak melonjak ekoran kebimbangan bekalan gas Rusia dan kelemahan dolar mengimbangi kerisauan permintaan yang disebabkan kemelesetan serta penutupan di China.

Minyak mentah Amerika Syarikat naik 5.13% pada $102.60 dan minyak Brent tambah 5.05% pada $106.27.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat