Saham Roku Terus Catat Peningkatan

348

Roku Inc., sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan saluran digital terus menunjukkan kenaikan dalam harga saham apabila dilihat sebagai pihak yang paling mendapat manfaat susulan perang antara syarikat media digital.

Harga saham Roku melonjak $8.98 kepada $134.30 iaitu kenaikan sebanyak 7.17% .Ini merupakan kenaikan kali keempat berturut-turut sejak Rabu lalu.

Setakat ini, platform Roku telah dimiliki oleh 30.5 juta pengguna yang aktif. Dengan mempunyai 9.4 bilion jam kandungan siaran yang ditonton selama 91 hari, secara purata setiap pengguna menonton lebih kurang 3.4 jam dalam sehari.

Dalam pada itu, penganalisis melihat Roku lebih baik daripada Netflix. Roku tampak bersedia untuk mengambil sebahagian daripada pasaran pengiklanan televisyen AS yang bernilai kira-kira $70 bilion sementara Netflix masih bergelut dalam menambah bilangan pengguna mereka.

Berbeza seperti Netflix dan Hulu, Roku tidak mengenakan sebarang yuran langganan atau membelanjakan wang untuk memperbanyakkan kandungan sebaliknya berunding dari segi perkongsian hasil dengan syarikat yang terlibat dalam industri ini.

Disney dan Apple antara syarikat yang bakal melancarkan platform siaran berbayar di mana Disney menawarkan pakej secara pukal bagi Disney+, Hulu dan ESPN+ yang nilainya sama seperti pakej biasa Netflix.

Untuk rekod, Roku mencatatkan kenaikan lebih dari 300% dalam harga saham berbanding Netflix yang hanya naik sekadar 15% dalam tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat