Saham-saham Ini Diramal Positif Selepas Penemuan Vaksin Covid-19

2,077

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd meramalkan saham Public Bank Bhd, Genting Group dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berpotensi menerima lonjakan positif paling besar selepas Pfizer dan BioNTech mengumumkan hasil ujian vaksin Covid-19 yang memberangsangkan.

Menurut firma itu, pembukaan semula sempadan antarabangsa dan pemulihan ekonomi global daripada pandemik Covid-19 akan menarik lebih ramai pelancong asing, sekali gus memberikan impak baik kepada syarikat-syarikat seperti Genting Bhd, Genting Malaysia Bhd, MAHB, IGB REIT, IHH Healthcare Bhd and KPJ Healthcare Bhd.

CGS-CIMB turut memberi saranan ‘add’ kepada syarikat-syarikat berkenaan.

Selain itu, CGS-CIMB menjangkakan sektor perbankan juga akan pulih ketika pasca Covid-19 serta memberi saranan ‘overweight’ kepada sektor terbabit baru-baru ini.

“Pilihan utama kami dalam sektor perbankan adalah Public Bank, Hong Leong Bank Bhd, RHB Bank Bhd dan AMMB Holding Bhd,” kata penganalisis CGS-CIMB iaitu Ivy Ng Lee Fang dan Nagulan Ravi dalam notanya hari ini.

Sektor minyak dan gas serta media juga berkemungkinan menerima impak positif daripada pemulihan Covid-19.

Para penganalisis berkata sektor media akan menyaksikan pemulihan dalam perbelanjaan pengiklanan dan Astro Malaysia Holding Bhd menjadi pilihan utama yang bakal menerima kesan posifit.

“Sektor minyak dan gas berkemungkinan menerima manfaat sekiranya harga minyak mentah pulih susulan permintaan minyak yang tinggi dan pilihan utama kami ketika ini adalah Yinson Holdings Bhd dan Dialog Group Bhd,” kata penganalisis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat