Saham See Hup Meroket 16.89%!

260

Saham See Hup Consolidated Bhd meningkat sebanyak 25 sen atau 16.89% kepada RM1.73 pada sesi dagangan pagi ini selepas memperoleh kontrak bernilai RM91.03 juta daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd untuk kerja-kerja pembinaan East Coast Rail Link (ECRL).

Pada 9.42 pagi, See Hup melonjak naik pada paras RM1.55, masih naik sebanyak 7 sen atau 4.73% berbanding ketika ditutup semalam pada RM1.48, dengan 372,900 saham bertukar tangan.

Menurut syarikat itu semalam, kontrak itu akan diambil alih oleh subsidiarinya iaitu SH Moment Builder Sdn Bhd, membabitkan Pakej 2, Bahagian 4 landasan kereta api.

Projek itu akan bermula 13 Jun ini dan memakan masa selama 26 bulan.

Syarikat tersebut menerusi maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam, kontrak berkenaan dijangka memberikan sumbangan positif terhadap pendapatan, pendapatan masa hadapan dan perolehan sesaham (EPS) See Hup.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat