Saham Serba Dinamik Susut 16%!

305

Saham Serba Dinamik Holdings Bhd susut 16% susulan empat pengarah bebas bukan eksekutif meletakkan jawatan pada Jumaat lepas berikutan perbezaan pandangan mengenai langkah syarikat mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas juruaudit luarnya, KPMG PLT.

Bernama melaporkan, pada 10.50 pagi, saham itu turun 6.5 sen kepada 34.5 sen dengan 373 juta saham diniagakan.

Menurut Serba Dinamik, empat pengarah itu ialah Hasman Yusri Yusoff, Datuk Seri Tengku Hasmuddin Tengku Othman, Sharifah Irina Syed Ahmad Radzi dan Rozilawati Basir

Pada 22 Jun lalu, penyedia perkhidmatan minyak dan gas tersebut mengumumkan tuntutan sivil bagi kerugian yang dialaminya telah difailkan ke atas KPMG berikutan kecuaian profesional, pelanggaran kontrak dan pelanggaran kewajipan statutori.

Dua hari kemudian, KPMG pula mengemukakan notis peletakan jawatan sebagai juruaudit Serba Dinamik berkuat kuasa serta-merta, dengan menjelaskan tuntutan itu telah menjejaskan kemampuannya untuk meneruskan tugas audit secara bebas dan melaksanakan tanggungjawab profesional.

Pertikaian pengauditan tersebut timbul daripada tindakan KPMG untuk mengetengahkan percanggahan melibatkan transaksi berjumlah RM4.54 bilion pada Mei tahun ini.

Pada Jumaat, Serba Dinamik mengumumkan keuntungan bersih berjumlah RM113.32 juta dan perolehan RM1.38 bilion bagi suku berakhir 31 Mac 2021, disumbangkan terutama oleh segmen operasi dan penyelenggaraan serta segmen kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentaulihan.

Sebelum itu, syarikat berkenaan juga mengumumkan tarikh akhir tahun kewangan telah diubah daripada 31 Disember kepada 30 Jun.

Justeru, tiada maklumat kewangan bagi perbandingan yang tersedia bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mac 2021

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat