Saham Susut Apabila Lonjakan Minyak ‘Semarak’ Kebimbangan Inflasi

293

Perang Rusia-Ukraine memberi kesan terhadap komoditi dengan harga minyak melonjak, menambah kebimbangan mengenai *stagflation.

*Pertumbuhan ekonomi yang lemah dan kadar inflasi yang tinggi.

Sementara itu, pasaran ekuiti merudum apabila pelabur menimbang kira kesan rancangan Federal Reserve (Fed) mengenai pengetatan dasar monetari.

Pasaran Komoditi

Kenaikan baru pada harga tenaga, aluminium, kuprum dan nikel, yang mencanak selepas sekatan dikenakan terhadap Rusia, mencetus kebimbangan pelabur terhadap stagflation kepada keadaan ekonomi.

Ketua strategi pasaran global Invesco, Kristina Hooper, berkata pelabur lebih takut kepada reaksi Fed terhadap stagflation lebih daripada stagflation itu sendiri.

Sementara itu, pasaran minyak menjadi ‘hangat’ apabila pelabur menjangkakan gangguan bekalan ekoran sekatan terhadap Rusia.

Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) turun $2.93 pada $107.67 setong sementara minyak Brent susut $2.47 pada $110.46 setong selepas perjanjian nuklear AS-Iran mungkin menambah pengeluaran kepada pasaran yang kurang bekalan.

Di Asia, ‘ledakan’ komoditi mengangkat saham Australia sebanyak 0.49%.

Pasaran Ekuiti

Pasaran saham AS naik pada mulanya sebelum turun ekoran penerangan Jerome Powell kepada jawatankuasa Senat mengenai kesan perang di Rusia yang boleh menyebabkan ekonomi AS terkesan.

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 0.29%, S&P 500 hilang 0.53% dan Nasdaq Composite turun 1.56%.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah susut 2.01% sementara tolok saham MSCI seluruh dunia ditutup rendah 0.61%.

Hasil bon kerajaan mengundur apabila pelabur menimbang kira potensi pengetatan monetari dan menilai kesan Fed, European Central Bank (ECB) serta bank-bank pusat lain dalam menjinakkan inflasi.

Hasil bon 10 tahun Jerman naik 0.2 mata asas sementara nota hasil perbendaharaan AS jatuh 1.3 mata asas pada 1.825%.

Nikkei Jepun capai 0.7% sementara indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun maju 0.39%.

Pasaran mata wang menyaksikan indeks dolar naik 0.327% dengan Euro turun 0.52% pada $1.1063 dan Yen mengukuh 0.07% pada 115.44 per dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat