Saham Twitter ‘Dipinang’ Oleh ARK Milik Cathie Wood

148

Sah? Sah? Sah!

Pemilik ARK Investment Management, Cathie Wood membeli lebih daripada sejuta saham dalam Twitter sehari selepas Jack Dorsey meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif rangkaian sosial itu.

Menurut laporan harian firma tersebut, ARK memperolehi 1.1 juta saham Twitter bernilai sebanyak US$48.9 juta atau RM205.6 juta pada harga penutupan US$43.94 lewat Selasa bertarikh 30 November.

Mereka telah kehilangan 3.4% selepas ia dibuka lebih rendah.

Pada Isnin selepas syarikat itu menamakan ketua teknologinya, Parag Agrawal, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sahamnya telah ditutup rendah 2.7%.

ARK pada Selasa telah membeli 837,248 saham dalam firma broker atas talian, Robinhood Markets Inc, yang bernilai US$21.7 juta.

Pada hari sebelumnya mereka membeli 915,63 saham dan mengambil kesempatan daripada penarikan balik saham tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat