Saham Twitter Melonjak Lebih 7%, Kemungkinan Perkhidmatan Twitter Dikenakan Bayaran

282

Saham Twitter pada hari ini dilihat melonjak lebih dari 7% susulan daripada keputusan syarikat media sosial gergasi itu untuk mewujudkan platform langganan.

Saham laman sosial itu telah melonjak 7.4% di New York Stock Exchange dan meningkat lebih dari satu peratus dalam pasaran selepas dagangan.

Dikatakan Twitter sedang menjalankan usaha tersebut di bawah satu pasukan dengan kod nama “Gryphon” untuk mewujudkan langganan terhadap servis yang mereka sediakan.

Jika benar Twitter akan melaksanakan keputusan tersebut, ini bermakna laman sosial tersebut berpotensi akan menyediakan kandungan lebih eksklusif terhadap pengguna yang bersedia untuk melanggan servis mereka.

Setakat ini, Twitter bergantung sebahagian besar pendapatan mereka melalui jualan iklan dan perlesenan data.

Twitter berjaya menjadi pilihan peminat laman sosial untuk mendapatkan berita dan komen terkini. Salah satunya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menjadikan Twitter sebagai ruang untuk berinteraksi dengan masyarakat.

Walau bagaimanapun, kesahihan berita itu masih lagi samar berikutan Twitter menarik balik iklan jawatan kosong yang melibatkan jawatan jurutera untuk penubuhan servis langganan.

Sebaliknya, terbaru Twitter menguar-uarkan bahawa pihak mereka memerlukan seorang jurutera Android.

Sebelum ini, Twitter telah berdepan kerugian bernilai $8 juta pada suku pertama 2020 disebabkan tempias pandemik Covid-19. Namun, pendapatan syarikat telah melonjak 3% kepada $808 juta.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat