Saham Twitter Terciduk Gara-gara Akaun Trump?

225

Saham Twitter yang disenaraikan di Jerman telah merosot sebanyak 8% hari ini, iaitu hari pertama sesi dagangan selepas akaun Presiden AS Donald Trump digantung secara kekal mulai Jumaat yang lalu.

Menurut syarikat berkenaan, penggantungan akaun Trump, yang mempunyai lebih daripada 88 juta pengikut itu adalah disebabkan oleh risiko keganasan berikutan dengan serangan Capitol AS pada hari Rabu.

Di samping itu, saham firma media sosial AS yang disenaraikan juga mengalami kejatuhan sebanyak 6.8% iaitu $ 47.94 dalam sesi dagangan premarket.

Untuk pengetahuan semua, situasi yang berlaku adalah kali pertama Twitter menjalankan sekatan terhadap ketua negara, mencetuskan kontroversi di seluruh dunia berkaitan kesan yang boleh mempengaruhi syarikat teknologi AS khususnya isu kebebasan bersuara dan demokrasi secara meluas.

Berdasarkan kunci kira-kira Twitter, keputusan untuk menyekat presiden AS itu dijangka memberi kesan negatif yang sederhana.

Selain itu, Facebook Inc dikhabarkan telah menggantung akaun Trump sehingga sekurang-kurangnya akhir penggal presidennya akhir bulan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat