Sam Bankman-Fried Benci SEC Masuk Campur Dalam Urusan Kripto!

154

Semasa perbicaraan Kongres mengenai krisis FTX, kebanyakan individu tertarik dengan penerangan yang dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX, John Ray ketika Sam Bankman-Fried (SBF) berada dalam tahanan polis di Bahamas.

Diperjelaskan wakil Kongres, SBF berhasrat agar Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) tidak masuk campur dan mempunyai sebarang kaitan dalam industri kripto.

Kebanyakan aset digital dilihat menyaksikan pergerakan positif selepas penahanan beliau.

Harga Bitcoin (BTC) mendaki sebanyak 5% pada zon harga $17,783 dalam tempoh 24 jam terakhir manakala Ethereum (ETH) canak 6% pada paras $1,327.

Semasa perbicaraan bersama Wakil Kongres Brad Sherman, beliau menyebut bahawa SBF telah mengeluarkan pendapatnya berkaitan pasaran kripto kini yang berusaha menghalang SEC daripada mengawal selia aset digital tersebut.

Difahamkan bahawa perbicaraan itu berlaku tatkala syarikat exchanger kripto Binance menghadapi pelbagai kritikan hebat atas sebab dasar rizab kewangannya.

John Ray telah menyatakan bahawa tiada sebarang rekod penyimpanan di FTX yang dapat membuktikan mereka membuat penyelewengan sementara perbezaan dari segi tadbir urus FTX dan Alameda Research adalah serupa sahaja.

Beliau juga mendedahkan bahawa FTX telah kehilangan lebih $7 bilion pada nilainya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat