Saman $30 Juta Dikenakan! TikTok Bahayakan Kanak-Kanak UK

146

‘Nak buat macam mana benda dah record, benda dah viral.’

Satu penyiasatan yang dilakukan badan pemantau United Kingdom (UK) mendapati aplikasi video pendek TikTok melanggar akta perlindungan privasi kanak-kanak dan berdepan saman sebanyak $28.91 juta.

Difahamkan TikTok telah memperolehi data kanak-kanak di bawah usia 13 tahun tanpa mendapat kebenaran penjaga mereka, selain gagal mengemukakan perkara tersebut secara telus.

Perkara ini secara tidak langsung melanggar keperluan undang-undang perlindungan data UK.

Dan penyiasatan tersebut turut mendapati TikTok telah melanggar akta perlindungan data antara Mei 2018 sehingga Julai 2020, serta berdepan saman sebanyak $28.91 juta.

Rentetan itu, Pejabat Jawatan Kuasa (ICO) UK telah mengeluarkan notice of intent* kepada TikTok dan TikTok Information Technologies UK Ltd.

*Borang yang digunakan untuk pemberitahuan bagi mematuhi permit am (seperti surat amaran).

Ulas Pegawai ICO John Edwards, syarikat perkhidmatan digital mempunyai kewajipan undang-undang untuk melindungi data pengguna namun TikTok dilihat gagal mematuhinya.

Sebagai maklum balas, wakil TikTok menyuarakan ketidakpuasan hati dengan menyatakan bahawa mereka tidak mengumpul data tersebut dan bakal mengemukan bukti rasmi kepada ICO pada masa akan datang.

Mencerap rekod, ini bukan kali pertama TikTok berdepan pertuduhan seperti ini di mana pada awal Julai mereka melalui perkara sama dengan Jawatankuasa Perdagangan Senat Amerika Syarikat (AS).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat