Sampai Bila Emas Nak Bergerak Mendatar?

681

Harga emas mendapat sokongan dari sentimen berisiko dalam pasaran untuk didagangkan sedikit meningkat pada sesi dagangan hari ini.

Hasil bon AS 10 tahun susut rendah di sekitar 1.62%, dari paras ketinggian lebih satu tahun yang dicapainya akhir minggu lalu, dan ini juga antara faktor yang mendorong kenaikan harga emas.

Sentimen berisiko terus menghiasi pasaran berikutan kebimbangan pelabur terhadap gelombang ketiga pandemik coronavirus dan pelambatan langkah vaksinasi di Eropah dan ini telah memberi sokongan kepada aset safe-haven.

Selain itu, laporan terbaru mengenai Korea Utara yang telah melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah Laut Jepun pada hari ini, juga menambah risiko dalam pasaran.

Tindakan ini dipercayai dilakukan oleh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un untuk menguji pentadbiran Amerika Syarikat yang baru.

Walau bagaimanapun, kenaikan yang dicatatkan harga emas dilihat terbatas disebabkan dagangan dolar greenback yang kuat.

Ini menyebabkan harga emas terus bergerak di sekitar paras harga yang sama sejak awal minggu iaitu pada $1,735 per auns ketika pembukaan sesi dagangan Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat