Sangat Optimis! Kripto Optimism (OP) Tiba-Tiba Laju Tembus $2

390

“Wow terbaiklah, agak-agak boleh naik sampai $3 tak dalam masa terdekat ini?”

Setelah berlegar-legar di bawah $1.85 dalam beberapa minggu, mata wang kripto Optimism (OP) akhirnya berjaya menunjukkan pergerakan luar biasa apabila harganya memuncak tinggi sehingga paras $2.22 daripada $1.69 pada 7 Disember semalam.

Baru-baru ini, Optimism Collective telah mengagihkan token OP bernilai $53 juta untuk memberi ganjaran kepada pelbagai pihak dan projek yang menyumbangkan “public goods” pada Layer-2 yang popular.

Permohonannya menumpukan pada kerja awam untuk membawa faedah Abstraction pada OP Stack dan ekosistem EVM, di mana skop permohonan geran tidak meliputi semua Alchemy seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pihak.

Selain mengesahkan firma bersandarkan modal teroka layak mendapat pembiayaan, Optimism Collective mengatakan bahawa pengundian harus berdasarkan potensi kesan pada kolektif.

Memandangkan OP meningkat lebih awal daripada kemungkinan pendakian harga, permintaan untuk dana DAO mendominasi token asli telah diteliti secara umum.

Secara konteks, OP ialah blockchain Layer-2 pada rangkaian Ethereum (ETH) yang menggunakan penyelesaian Optimistic Rollup untuk meningkatkan penskalaan, tetapi pemindahan aset daripada rangkaian OP ke ETH melalui bridge rasmi yang mungkin ambil masa sehingga tujuh hari.

Menerusi pemerhatian pada carta harga, OP yang sudah menembusi zon rintangannya pada $2.06 mungkin akan meneruskan kenaikan sehingga $2.49 atau lebih lagi, tetapi jika gagal maka aset digital itu mampu tergelincir semula pada $1.48 diikuti $1.16.

Setakat penulisan ini, harga OP melonjak sebanyak 26.44% pada paras $2.18 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $1 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 28.90% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat