Ini Saranan Untuk Top Glove

400

MIDF Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Top Glove Corporation Bhd dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM8.29.

Menurut notanya hari ini, MIDF Research menyatakan saranan itu disokong oleh penilaian menarik tentang Top Glove pada nisbah harga kepada pendapatan pada 4.3x anggaran pendapatan tahun kewangan 2021 dan 12.8x unjuran pendapatan tahun kewangan 2022, sambil menambah firma terbabit menjangkakan hasil dividen syarikat tersebut untuk tahun kewangan 2021 dan tahun kewangan 2022, masing-masing sebanyak 15.3% dan 3.9%.

Bernama melaporkan, firma penyelidikan berkenaan berkata tidak akan membuat perubahan kepada anggaran pendapatan Top Glove sementara menunggu selesai dua penyenaraian pengeluar getah itu di Bursa Saham Hong Kong (HKEX) yang pada awalnya disasarkan pada Mei atau Jun.

Baru-baru ini, Top Glove mengumumkan telah menyemak semula tawaran awam permulaan (IPO) HKEX kepada 793.5 juta saham baharu daripada pelan awalnya untuk menerbitkan 1.5 bilion saham baharu.

“Susulan terdapat perubahan, kami menjangka langkah itu akan lewat sedikit, kemungkinan kira-kira sebulan.

“Kami positif terhadap pelan yang disemak semula itu berikutan kami berpendapat kurang pencairan untuk pemegang saham sedia ada,” tambah MIDF Research.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat