Sasaran EUR/USD Naik Menuju $1.1000 Atau Junam Ke $1.0800?

185

US dolar paparkan pengukuhan pada dagangan di awal minggu lepas, namun di penghujung minggu pergerakan mula mendatar.

Pelabur masih berwaspada dalam memerhatikan petunjuk terbaru menuju mesyuarat FOMC di awal Februari nanti dengan beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini pula termasuk data KDNK AS suku ketiga 2024 dan indeks harga PCE.

Mata wang Euro akan dipacu oleh pergerakan US dolar pada minggu ini, namun pelabur akan memberi tumpuan pada keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB).

Jika diperhati pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga alami penyusutan di awal minggu lepas namun mendatar kemudiannya sehingga ke penghujung minggu.

Paras terendah dicecah harga adalah pada 1.08500 yang menjadi paras sokongan semasa buat harga ketika ini.

Penurunan tidak dilanjutkan di penghujung minggu sebaliknya harga kembali bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu memberi isyarat pergerakan bullish untuk minggu ini.

Pergerakan harga berlegar di zon 1.09000 paparkan kenaikan perlahan di sesi Asia pagi ini (Isnin) dan jika berjaya diteruskan, sasaran adalah untuk harga capai semula paras 1.10000.

Paras tersebut menjadi rintangan yang kental untuk ditembusi pada dagangan awal Januari lalu.

Sementara, jika berlaku penurunan semula dari zon 1.09000 melepasi sokongan MA50, akan menjadi isyarat bearish buat harga untuk ke paras lebih rendah berbanding minggu lalu.

Penurunan yang melepasi paras 1.08500 minggu lalu akan menjangkakan harga menuju zon tumpuan 1.08000 pula sambil catatkan paras terendah yang baru.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat