Satu Lagi Kenaikan 75 Mata Asas Oleh Fed? Ini Jangkaan Ahli Ekonomi!

243

Federal Reserve (Fed) dijangka akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas untuk kali keempat berturut-turut pada mesyuarat polisi yang bakal berlangsung pada 2 November.

Menurut tinjauan yang dibuat oleh Reuters, ahli ekonomi meletakkan jangkaan ini kerana bank pusat itu tidak seharusnya menghentikan pengetatan sehingga inflasi jatuh kepada kira-kira separuh daripada paras semasanya.

Kitaran pengetatan yang agresif sememangnya bakal mencetuskan risiko kemelesetan lebih besar dan ini ditunjukkan dalam tinjauan tersebut di mana kebarangkalian untuk ia berlaku semakin meningkat.

Namun, majoriti ahli ekonomi melihat penggubal dasar akan tetap menaikkan kadar faedah kepada 3.75%-4.00% pada minggu depan memandangkan inflasi masih tinggi dan pengangguran berada di paras terendah.

Dalam pada itu, kebanyakan penganalisis meramalkan kenaikan 50 mata asas pada bulan Disember yang menjadikan kadar dana Fed kepada 4.25%-4.50% menjelang akhir 2022.

Secara keseluruhan, kadar faedah Fed dijangka memuncak pada 4.50%-4.75% atau lebih tinggi pada suku 2023.

Inflasi pengguna pula diunjurkan tidak akan menurun sehingga suku kedua 2023, di mana masing-masing dianggarkan berada pada 8.1% pada 2022, 3.9% pada 2023, dan 2.5% pada 2024.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat