Satu Lagi Kontroversi Melibatkan Pentadbiran Trump, Greenback Menjunam!

49

US Dollar melemah dalam dagangan sesi Asia pada Selasa disebabkan oleh kontroversi terbaru yang melibatkan pentadbiran Trump apabila didakwa telah memberikan diplomat Russia maklumat rahsia mengenai sumber perisikan Timur Tengah.

AUD/USD didagang pada 0.7425 dengan lonjakan sebanyak 0.16 peratus, manakala USD/JPY didagang menurun sebanyak 0.10 peratus. Bank Pusat Australia dijangka akan mengekalkan kadar pada tahap stabil iaitu pada bacaan 1.50 peratus di dalam laporan minit mesyuarat Mei.

Dalam masa yang sama, US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang yang lain kali terakhir dinilai menjunam sebanyak 0.05 peratus kepada 98.76.

Semalam, US Dollar menjunam berbanding matawang utama pada Isnin selepas data pembuatan AS dicatat lebih lemah daripada jangkaan. Dalam masa yang sama, pengukuhan matawang Kanada juga melemahkan lagi matawang gergasi.

Lonjakan matawang loonie adalah disebabkan oleh kenyataan Menteri Tenaga Arab Saudi dan Russia pada Isnin yang mengatakan bahawa mereka akan menyokong lanjutan perjanjian pemotongan bekalan minyak mentah sehingga tahun 2018.

Menurut Fed rate monitor tools, unjuran kenaikan kadar selanjutnya oleh Fed diletakkan pada tahap 70 peratus berbanding 80 peratus bagi minggu sebelum ini.

Kalau Cara Berfikir Masih Macam Ini, ‘Sorry’ Lupakan Saja Forex Trading

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat