Saudi Aramco Saksikan Keuntungan Berganda Ekoran Lonjakan Harga Minyak!

122

Pengeluar gergasi minyak Saudi Aramco mencatatkan lonjakan 39% dalam pendapatan bersih pada suku ketiga yang dirangsang oleh harga minyak mentah yang melambung tinggi.

Keuntungan bersih Aramco meningkat kepada $42.4 bilion untuk tiga bulan hingga 30 September daripada $30.4 bilion setahun sebelumnya, menurut pemfailan kawal selia pada Selasa.

Sementara itu, aliran tunai percuma syarikat meningkat kepada $45 bilion daripada $28.7 bilion setahun sebelumnya. Ia juga mengisytiharkan sebanyak $18.8 bilion pada suku ketiga yang akan dibayar pada suku keempat.

Aramco menyertai syarikat minyak utama Exxon Mobil Corp dan Chevron yang telah melaporkan keuntungan kukuh selepas mendapat manfaat daripada lonjakan harga minyak mentah dan gas asli.

Peningkatan ini telah mendorong inflasi di seluruh dunia mencanak sehingga mencetuskan gesaan baharu untuk mengenakan cukai sektor terhadap syarikat tenaga.

Meneliti pergerakan dua penanda aras utama minyak mentah dalam pasaran, niaga hadapan Brent didagangkan meningkat pada $94 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $87 setong.

Dagangan minyak mentah sebelum ini mengalami tekanan pada awal minggu susulan ketidakpastian berterusan yang dicetuskan dari sekatan Covid-19 di China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat