Saya Biasa-Biasa Je, CEO Binance Nafi Ada Kekayaan $28.2 Bilion!

387

“Kalau salah kena lah betulkan, takkan nak berdiam diri je kan.”

Selepas Bloomberg mengeluarkan senarai individu kaya terbarunya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) berkata bahawa maklumat berkaitan kekayaannya adalah sama sekali tidak tepat.

Menerusi senarai Bloomberg, CZ berada di antara top3 jutawan kewangan di seluruh dunia yang memegang nilai bersih sekitar $28.2 bilion.

Namun melalui pendedahan CZ, angka berikut semua salah dan beliau yang menulis “4” dalam akaun Twitter miliknya telah menjadi sebab kebanyakan individu berpendapat kekayaannya berada di antara $19.4 bilion Dan Gilbert dan $13 bilion Uday Kotak.

Beliau juga tidak pernah melihat bursa mata wang kripto FTX yang mengalami kejatuhan pada tahun lepas sebagai saingannya malah mendorong lebih banyak syarikat untuk menyertai pasaran aset digital, ulas CZ lagi.

Selain menafikan sekeras-kerasnya maklumat yang dikeluarkan oleh Bloomberg ataupun Forbes, CZ turut mencirikan laporan mereka sebagai FUD, iaitu taktik propaganda digunakan dalam jualan, pemasaran, perhubungan awam dan lain-lain.

Terdahulu pada penghujung bulan Februari 2023, CZ mendakwa bahawa Forbes tidak tahu bagaimana bursa berfungsi selepas mendakwa CEO itu membuat “backroom maneuver” melibatkan transaksi $1.8 bilion pada 2022.

*Bilik yang terletak di bahagian belakang bangunan, terutamanya bilik persendirian.

Sementara beliau turut menafikan laporan Bloomberg yang menyatakan Binance sedang mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan dengan rakan kongsi perniagaannya di Amerika Syarikat (AS).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat