Saya Tersilap Sangka Bitcoin Akan Jatuh Hingga Kosong – Jordan Belfort ‘Serigala’ Wall Street

320

Jordan Belfort, individu di mana kisah hidupnya dipotretkan dalam filem pelaburan terkenal lakonan Leonardo DiCaprio, The Wolf of Wall Street mengakui kesilapanya terhadap jangkaan Bitcoin (BTC) sebelum ini.

Beliau yang merupakan seorang usahawan Amerika menyatakan kekesalannya akibat pernah mendakwa bahawa nilai Bitcoin BTC akan jatuh sehingga ke paras sifar.

Buktinya, beliau pernah membuat tuntutan pada 2017 dengan meluahkan kebenciannya terhadap mata wang kripto disebabkan pasarannya penuh dikelilingi pembohongan.

Namun begitu, Belfort mengubah tanggapannya tentang BTC selepas mata wang kripto tersebut menjunam kepada tiga ribu dolar kerana beliau menjangkakan harga BTC akan runtuh sama seperti lunna terra dan UST, tetapi pasarannya masih berbilion dolar.

Pada masa yang sama, beliau khuwatir peraturan AS boleh memperlahankan penggunaan BTC seperti yang cuba dilakukan oleh China, namun begitu sebaliknya berlaku apabila beberapa senator dan gabenor di AS adalah pro-Bitcoin yang sedang berusaha memastikan peraturan tidak memperlahankan laluannya.

Menurut Belfort, para pelabur sewajarnya tidak melabur dalam BTC jika mengharapakan keuntungan dalam jangka masa 12 atau 24 bulan kerana ia pelaburan jangka panjang yang memerlukan tempoh 4 hingga 5 tahun.

Tambahnya lagi, BTC akan menjadi perdagangan mata wang kripto simpanan nilai pada masa akan datang.

Sementara itu, pelabur kebiasaan yang kurang berpengetahuan boleh berdagang serta mengaut keuntungan lumayan dalam pasaran saham jika peraturan pro-inovasi yang betul dilaksanakan.

Bagi mata wang kripto pilihan Belfort pula, taikun Wall Street menjelaskan sesungguhnya beliau hanya mempercayai BTC dan Ethereum (ETH) untuk spekulasi atau pertaruhan bersama rakan-rakannya dengan amaran pelabur boleh berdepan risiko kehilangan segala-galanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat