Schaeuble: Ramai Jangka ECB Ambil Langkah Seterusnya Pada September

38

Menteri Kewangan Jerman, Wolfgang Schaeuble pada Isnin menegaskan kritikannya terhadap kadar faedah rendah bank pusat Eropah (European Central Bank, ECB) dan mengatakan dia berharap ia akan berubah dalam masa terdekat.

“Saya tidak gembira tentang hal ini,” kata Schaeuble tentang kadar faedah rendah yang ditetapkan oleh ECB. “Saya harap ia akan berakhir secepat mungkin.”

Beliau bercakap dalam kempen di Schleiz menjelang pilihanraya umum yang akan berlangsung pada 24 September. Pilihanraya kali ini dijangka sekali lagi akan dimenangi oleh Chancellor Angela Merkel. Dengan jangkaan ini, pasaran Eropah boleh menarik nafas lega kerana tiada volatility (turun-naik) yang tinggi dijangka berlaku seperti yang berlaku dalam pilihanraya Perancis sebelum ini.

Kritikan ini adalah yang terbaru dari Schaeuble yang beberapa kali telah mengkritik ECB sebelum ini.

Dalam komennya semalam, Schaeuble berkata “saya selalu memberitahu Draghi, bahawa Jerman perlu selalu mengetahui apa yang anda lakukan.”

Pasaran ketika ini berpendapat ECB akan membuat satu keputusan penting pada September atau Oktober. Bank pusat Eropah ini telah menyatakan bahawa mereka akan membincangkan tentang program pembelian bon pada musim luruh.

“Ramai orang yang menjangka ECB akan mengambil langkah seterusnya pada September,” kata Schaeuble.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat