Sebab AS dan Iran, Harga Minyak Junam!

2,365

Emas hitam didagangkan lebih rendah pada pembukaan sesi Asia, setelah harga minyak jatuh dari paras tertinggi hampir 2 tahun pada sesi sebelumnya susulan laporan mengenai perjanjian nuklear Amerika Syarikat dan Iran.

Washington dan Tehran dilaporkan telah membuat kemajuan dalam menghidupkan semula perjanjian yang menyekat pembangunan senjata nuklear negara Iran, yang akan meningkatkan bekalan minyak mentah.

Harga menjunam selepas duta besar Rusia untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Mikhail Ulyanov mengatakan bahawa kemajuan yang ketara telah dicapai dalam perbincangan kedua-dua pihak.

Namun, penurunan terhenti setelah beliau mengatakan di laman Twitter bahawa para perunding memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan perjanjian kerana masih banyak isu yang perlu dibincangkan.

Setelah turun lebih $2 setong pada sesi sebelum ini, dagangan minyak mentah Brent terus susut lebih rendah di sekitar harga $67.43 setong pada sesi Asia. Sementara minyak mentah WTI Amerika Syarikat turun kepada $64.43 setong.

Sekiranya AS mengangkat semula sekatan ke atas Iran, negara itu boleh meningkatkan lagi penghantaran minyak dan ini sekali gus akan menambah penawaran global.

Selain itu, penurunan harga turut dipengaruhi oleh laporan dari Institut Petroleum Amerika (API) yang melaporkan bekalan minyak mentah AS meningkat sebanyak 620,000 tong pada minggu lepas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat