Sebab Kenapa Pelabur Emas Perlu Waspada

1,375

Emas gagal mempertahankan pengukuhannya dengan jatuh lebih rendah menjelang pengumuman dasar FOMC.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan berlegar di sekitar $1,771 per auns, selepas jatuh rendah pada $1,766 sebelumnya.

Penurunan ini dapat dikaitkan dengan peningkatan semula hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kembali meningkat pada 1.62% dan mengangkat dagangan US dolar lebih tinggi.

Kejatuhan tidak dijangka dalam kadar inflasi Australia pada suku pertama 2021, turut menekan harga emas yang sering dianggap sebagai pelindung nilai kepada inflasi.

Tumpuan utama pasaran pada minggu ini disasarkan kepada mesyuarat polisi FOMC yang telah bermula pada Selasa dan akan berakhir pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).

Walaupun tidak ada perubahan dalam dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) yang diharapkan, tetapi pasaran akan meneliti prospek inflasi bank pusat dan kenyataan mengenai hala tuju dasar pada masa akan datang.

Turut menjadi perhatian pasaran, adalah penerbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat bagi suku pertama 2021 yang dijangka akan meningkat lebih tinggi berbanding bacaan sebelum ini.

Justeru, pelabur emas perlu lebih berhati-hati dalam meletakkan posisi menjelang dua acara tumpuan pasaran ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat