Sebab Mulut Powell, Terpacak Balik EUR/USD Naik!

721

Tumpuan pasaran pada dagangan menuju penghujung minggu ini terarah kepada ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada awal pagi tadi untuk petunjuk terbaru dasar monetari bank pusat.

Powell dilihat berhati-hati dalam ucapannya dengan mencadangkan bahawa kenaikan kadar faedah berkemungkinan tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Namun, masih terbuka untuk langkah pengetatan dasar berpandukan kepada indikator ekonomi semasa seperti pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

USD dolar ketara menyusut semula pada dagangan semalam sehingga ucapan Powell diberikan perhatian seluruh pasaran.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang mendatar pada mulanya di sekitar 1.05300 kemudiannya telah paparkan kenaikan sehingga paras tumpuan 1.06000 telah diuji.

Setelah menguji seketika rintangan itu, harga berundur turun semula untuk menutup dagangan sesi New York di bawah zon tersebut dan harga perlahan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Harga masih berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu untuk isyarat bullish selepas kenaikan harga semalam telah menembusinya.

Sekiranya kenaikan harga masih berjaya diteruskan lagi hari ini, rintangan 1.06000 sekali lagi bakal diuji dan jika ditembusi, harga akan menyambung pergerakan bullish tersebut.

Sasaran adalah untuk mencapai paras 1.06400 yang merupakan ketinggian yang telah dicapai pada minggu sebelum ini.

Sementara, jika harga berjaya bergerak turun semula, melepasi sokongan MA50 akan memberi isyarat bearish buat harga semula.

Penurunan harga jika diteruskan melepasi paras 1.05300 semalam, harga dilihat akan menguji support 1.05000 yang menjadi tumpuan pada dagangan beberapa minggu terbaru ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat