Sebab USD, Harga Minyak Kena Tempias

488

Harga minyak menurun pada hari Khamis, terkesan dengan pengukuhan matawang US dolar selepas Federal Reserve (Fed) AS memberi isyarat mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih cepat daripada dijangkakan.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat kembali susut di bawah paras harga $72 setong, dengan didagangkan di sekitar harga $71.76 setong selepas menyentuh tahap tertinggi sejak Oktober 2018.

Sementara dagangan minyak mentah Brent pula merosot pada $73.98 setong, setelah mencapai paras tertinggi sejak April 2019 pada Rabu.

Kenyataan optimis daripada Pengerusi Fed, Jerome Powell mengenai jangkaan kenaikan kadar faedah pada akhir tahun 2023, telah mendorong lonjakan dolar greenback dan menyebabkan harga minyak mahal bagi pemegang matawang utama lain.

Bagaimanapun, penurunan yang dicatatkan harga minyak terbatas, memandangkan ia turut disokong oleh prospek terhadap permintaan yang semakin meningkat susulan gambaran pemulihan ekonomi oleh Fed yang lebih cepat daripada dijangkakan.

Selain itu, bacaan data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) yang melaporkan kejatuhan ketara dalam inventori minyak AS juga telah menyokong harga daripada jatuh lebih rendah.

Bekalan minyak mentah AS dilaporkan menurun sebanyak 7.35 juta tong pada minggu lalu, sekali gus mencatatkan penurunan kali keempat berturut-turut dan terbesar sejak minggu terakhir pada bulan April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat