Sebabkan FTX, Harga BAYC Juga Tenggelam!

325

Selain daripada kejatuhan pasaran mata wang kripto, projek Ethereum (ETH) popular Bored Ape Yacht Club (BAYC) turut menerima tempias susulan krisis FTX berkaitan masalah kecairan rendah syarikatnya dan dakwaan salah urus dana pelanggan.

Difahamkan bahawa harga koleksi non-fungible token (NFT) BAYC mengalami penyusutan drastik sejurus selepas para pelabur terburu-buru menjual aset gital tersebut semasa penerjunan harga ETH berlaku.

Hal ini berikutan kerana harga BAYC telah melakukan penurunan daripada paras tertingginya 152 ETH bernilai $429,000 pada awal tahun ini dengan harga paling termurah yang tersedia di pasaran adalah berjumlah $79,400.

Sementara itu, para pelabur dikatakan melihat Cryptopunk sebagai aset digital yang paling berpotensi berbanding NFT lain ekoran harga lantainya mendaki 6% pada 66.75 ETh ($88,700) dalam tempoh 24 jam lalu.

Malah, BAYC berkemungkinan besar akan melakukan penurunan lagi pada minggu ini jika isu FTX tidak diselesaikan secepat mungkin ekoran para pelabur akan menjual aset digital mereka semasa pasaran kripto meleset.

Antara punca lagi yang membawa kepada kejatuhan pasaran kripto adalah disebabkan BendDAO, iaitu protokol pinjaman yang membenarkan pengguna meminjam aset digital menggunakan NFT sebagai cagaran.

Diperjelaskan, BendDAO menghadapi krisis kecairan susulan ia kehabisan ETH dan tidak menerima bidaan yang cukup tinggi untuk melelong NFT tersebut.

Oleh demikian, ahli protokol berhasrat menurunkan liquidation agar memudahkan BendDAO untuk membuat lelongan NFT.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat