Sebelum ‘Berperang’ Di Sesi New York, Jom Baca Ini Dulu

964

Tumpuan utama pasaran masih tertumpu kepada perkembangan mengenai hasil keputusan pilihan raya presiden AS yang menyaksikan persaingan yang lebih sengit daripada dijangkakan.

Setakat ini, Joe Biden masih mendahului jumlah undian dengan 238 kerusi berbanding Donald Trump 213 kerusi.

Namun, Donald Trump telah berjaya meraih kemenangan di beberapa negeri utama (swing states), termasuk Ohio, Florida dan Texas, sekali gus meningkatkan peluang bagi beliau menjadi presiden untuk 4 tahun lagi.

Pelabur kini menantikan keputusan sama ada Trump akan berjaya mengekalkan kedudukannya di negeri-negeri yang telah membantunya memenangi pemilihan presiden pada tahun 2016 iaitu Michigan, Wisconsin dan Pennsylvania atau juga disebut sebagai Rust Belt.

Pada sesi Eropah, dolar greenback didagangkan berhati-hati berbanding sekumpulan matawang utama pada 93.91 (setakat jam 5.30 pm).
Matawang euro pula mempamerkan sedikit selepas menjunam ke paras terendah 3 bulan pada sesi Asia ketika pasaran terus menantikan perkembangan terbaru mengenai keputusan pilihan raya.

Sementara matawang pound pula terus didagangkan susut berikutan tekanan meningkat mengenai ketidakpastian dalam rundingan perdagangan Brexit yang dikatakan masih tersekat dalam isu perikanan dan persaingan adil.

Bagi matawang Asia pula, dolar Aussie dan dolar New Zealand kekal diniagakan rendah selepas menjunam pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat