Sebelum Ini Digodam $77 Juta, Beanstalk Bangkit Semula Selepas 4 Bulan Menyepi

104

Bagi menuntut semula modal pasaran yang mencapai $100 juta stablecoin BEAN, protokol stablecoin Beanstalk Farms telah dilancarkan semula pada 6 Ogos dalam acara yang dipanggil “Replant” bersama pengurusan pentadbirannya disebabkan insiden penggodaman pada April lepas.

Projek stablecoin algoritma berasaskan Ethereum Beanstalk Farms telah melancarkan semula protokol setelah 4 bulan berada dalam luar talian disebabkan eksploitasi tadbir urus bernilai $77 juta.

Menurut Publius, kumpulan pemaju disebalik stablecoin protokol BEAN, Beanstalk telah bangkit dengan lebih kuat melalui bukti kelayakan kredit protokol serta potensinya untuk membantu merealisasikan masa depan.

Bagi melaksanakan sistem tadbir urus rantaian yang selamat, tadbir urus protokol akan berubah kepada community-run multisig wallet, kata Publius. Selain itu, pembangunan aplikasi baharu turut menekankan bahawa rangkaian berada dalam proses untuk berfungsi.

Tambahan pula, Protokol Root mengumumkan $9 juta ‘seed’ pada 26 Julai untuk pembangunan dalam kewangan, perdagangan dan sukan dalam memperkembangkan lagi pasaran di Beanstalk.

Projek ini mempunyai perjalanan yang panjang lagi untuk kembali menyamai semula metrik pencapaian sebelum ini semasa belum berlakunya penggodaman.

Publius juga mengatakan buat masa ini tidak jelas lagi sama ada Beanstalk boleh mengekalkan prestasinya disebabkan masih terdapat beberapa kelemahan dalam model tersebut.

Walau bagaimanapun, Beanstalk berkemungkinan cukup baik untuk bertahan dalam jangka masa pendek dengan adanya definisi kejayaan yang jelas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat