Tanggal 15 September 2021, Zilliqa (ZIL) bakal melancarkan platform non-fungible token (NFT).
Ia merupakan satu lagi pencapaian Zilliqa sejak dilancarkan pada Jun 2017.
Zilliqa memiliki keunikannya tersendiri sebagai rangkaian kontrak pintar yang menawarkan ribuan transaksi per saat, termasuk memiliki reka bentuk “sharded” yang mampu menyelesaikan isu skalabiliti yang dihadapi oleh blockchain lain.
Menariknya tentang Zilliqa, ia merupakan rangkaian dan projek pertama yang memperkenalkan sharding, sebuah inisiatif pembahagian rangkaian kepada beberapa komponen kecil (shard) yang boleh memproses transaksi secara serentak.
Selain itu, Zilliqa turut menyokong beberapa kelebihan yang turut ditawarkan beberapa rangkaian lain seperti:
- Scilla
- Bahasa pengaturcaraan yang menyokong kehadiran kontrak pintar, malah kalis daripada serangan pepijat (bugs).
- Dapps
- Setakat ini Zilliqa sudah menampung sejumlah besar Dapps, merangkumi pelbagai aspek daripada protokol pertukaran sehinggalah permainan, malah banyak lagi.
- Zilswap
- Pertukaran atau bursa desentralisasi yang dibangunkan oleh Switcheo pada Oktober 2020. Zilswap menjadi tunjang kepada Zilliqa ke arah sektor kewangan desentralisasi (DeFi). Ia menggunakan automated market maker (AMM) sama seperti yang diterapkan oleh PancakeSwap.
- Pelabur boleh berdagang ZIL atau token ZRC.
- Proof-of-Work (PoW)
- Zilliqa menggunakan PoW hibrid untuk melombong ZIL dan hanya digunakan terhad bagi setiap 100 blok. Penggunaan PoW adalah untuk menghalang daripada serangan Sybil dan menghasilkan identiti nod, selain untuk mengelakkan daripada mencapai konsensus seperti Bitcoin.
- Zilliqa juga menggunakan Elliptic Curve Based Schnorr Signature Algorithm (EC-Schnorr) dan Practicial Byzantine Fault Tolerance (PBFT) untuk melombong setiap shard.
Token Natif ZIL
ZIL, token yang dibangunkan berdasarkan standard ERC-20. Ia digunakan sebagai ganjaran perlombongan, kos transaksi, staking, dan perlaksanaan kontrak pintar.
Berdasarkan rekod, sebanyak 21 bilion ZIL dihasilkan dengan 6.3 bilion diedarkan pada Januari 2018. Manakala lagi 6.3 bilion ZIL diserahkan kepada pelabur, Zilliqa Research, barisan pengasas, dan organisasi sokongan. Selebihnya, 8.4 bilion ZIL dijadikan sebagai ganjaran perlombongan.
Token ZRC
Atau juga dikenali sebagai ZRC-2, merupakan standard untuk fungible token yang dicipta di Zilliqa. Antara contoh ZRC-2 ialah XSGD dan gZIL.
Fungsi ZRC-2 turut merangkumi:
- Sebagai token perlombongan atau pembakaran
- Pemindahan token dari satu akaun kepada akaun lain
- Menjalankan permintaan baki dan jumlah baki akaun token
- Mengesahkan perantara untuk membelanjakan sejumlah token
Ketika penulisan, ZIL bernilai cuma $0.09924. Agak-agak berapakah nilainya ketika anda membaca artikel ini? Adakah harganya sudah meningkat atau sebaliknya?
Berminat untuk melabur di dalam ZIL, anda boleh dapatkannya di Binance, Bithumb, Huobi, dan KuCoin.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.