Sebelum Nak Trade Di Sesi New York, Ini Yang Anda Perlu Tahu

766

Perkembangan positif dalam usaha penghasilan vaksin Covid-19 telah mendorong matawang komoditi lebih tinggi dan dagangan US dolar jatuh ke paras terendah satu bulan.

Ujian vaksin Covid-19 oleh Moderna Inc dilaporkan menunjukkan hasil memberangsangkan apabila kesemua 45 sukarelawan yang menyertai ujian tersebut, menghasilkan tahap antibodi yang tinggi dan tidak mengalami kesan sampingan sekali gus membuktikan vaksin itu selamat untuk digunakan.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan menyusut 0.3% pada 95.94.

Berita gembira ini bukan sahaja mendorong dagangan matawang berisiko, malah turut mendorong peningkatan dalam pasaran saham AS, Asia dan seterusnya diikuti pula oleh ekuiti Eropah.

Dagangan dolar Aussie dan kiwi terus mengekalkan momentum pengukuhannya berbanding US dolar walaupun dengan ketegangan hubungan AS-China semakin meningkat apabila Presiden Donald Trump mengumumkan secara rasmi bahawa tiada lagi layanan istimewa akan diberikan kepada Hong Kong.

Malah, China juga membalas bahawa ia akan mengenakan tindakan balas terhadap Amerika Syarikat susulan pengumuman itu.

Sementara itu, euro terus menokok lebih tinggi di paras ketinggian 4 bulan berbanding US dolar pada 1.143 pada sesi Eropah didorong oleh harapan untuk para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mencapai kesepakatan terhadap dana pemulihan Eropah yang akan dibincangkan minggu ini.

Matawang pound pula turut meraih manfaat daripada kelemahan US dolar dan peningkatan sentimen risiko, selain turut disokong oleh bacaan data inflasi UK yang memberangsangkan dengan kenaikan 0.6% pada bulan Jun.

Selain itu, dolar Kanada pula didagangkan sedikit meningkat berbanding USD menjelang mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) pada malam ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat