Sebelum Sambung Trade, Apa Kata Baca Dulu Punca US Dollar Menjunam Dalam Sesi Ini!

60

Aussie rebound sementara US Dollar terpaksa memperlahankan keuntungan dalam sesi ini berbanding matawang yen selepas data China mengukuhkan sentimen. Namun begiu, pasaran kekal dalam dagangan berhati-hati sementara menanti ucapan dari Trump.

Aussie didagangkan pada 0.7583, meningkat sebanyak 0.29 peratus selepas China mengeluarkan data positif. Laporan ini turut memberi kesan kepada matawang Aussie memandangkan China ialah destinasi perdagangan utama bagi komoditi utama dari Australia.

Dalam sesi ini juga, air USD/JPY merosot sebanyak 0.26 peratus.

USD/JPY, 30 minit

Pada suku keempat, data keluaran dalam negara kasar (KDNK) China meningkat sebanyak 6.8 peratus pada suku keempat, sekali gus mengatasi jangkaan pertumbuhan sebanyak 6.7 peratus.

Angka ini juga mencerminkan ekonomi kedua terbesar dunia itu masih berada pada tahap yang stabil.

Sebelum ini, Presiden Fed, Janet Yellan ada menyuarakan pendapat bahawa pasaran mungkin berdepan risiko “hot economy” dalam jangka panjang. “Hot economy” yang dimaksudkan oleh Yellen ini merujuk kepada peningkatan inflasi secara mendadak yang bakal memberi kesan negatif kepada pasaran.

Jadi pendekatan dasar ekonomi yang sesuai perlu diterapkan secara beransur-ansur.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar menjunam sebanyak 0.23 peratus kepada 100.87.

Semalam, US Dollar mengukuhkan kedudukan berbanding matawang utama yang lain selepas data yang agak positif menyokong penguasaan matawang ini.

Sebelum ini, Jabatan Buruh mengatakan bahawa tuntutan pengangguran jatuh sebanyak 15,000 pekerjaan.

Disamping itu, Jabatan Perdagangan AS turut melaporkan data perumahan meningkat sebanyak 11.3 peratus kepada 1.226 juta unit bulan lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat