Sebelum Trade Masa Mesyuarat BOE, Ini Perkara Perlu Diketahui Trader

280

Bank pusat England (BOE) dijangka akan meningkatkan kadar faedahnya untuk kali kelima berturut-turut ketika ia terus berusaha memerangi inflasi yang berada di paras tertinggi 40 tahun.

Pada mesyuarat bulan Mei, bank itu telah menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada tahap tertinggi 13 tahun kepada 1.00%. Namun, BOE turut memberi amaran bahawa ekonomi UK berdepan risiko kemelesetan.

Sejak itu, data inflasi terbaharu menunjukkan inflasi UK hampir mencatatkan peningkatan dua angka pada bulan April, dengan peningkatan 9% secara tahunan. Bank pusat itu menjangkakan inflasi akan meningkat di atas 10% tahun ini.

Selain itu, pertumbuhan ekonomi juga bertambah buruk penguncupan dicatatkan untuk dua bulan berturut-turut. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK merosot 0.3% pada April daripada penurunan 0.1% pada bulan sebelumnya.

Hal ini meletakkan BOE dalam dilema untuk menangani inflasi atau menyelamatkan negara daripada kemelesetan. Bagaimanapun,  peningkatan harga tenaga dan cukai di Britain dilihat akan terus menyumbang kepada peningkatan inflasi.

Pasaran kini menjangkakan penggubal dasar akan meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 1.25% dan memberi pandangan suram mengenai pertumbuhan ekonomi negara itu.

Menjelang mesyuarat BOE, pound mengurangkan keuntungan yang diraih sebelum ini untuk diperdagangkan pada sekitar harga 1.2000 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat