Sebuah Lagi Bank Swasta Dikaitkan Dengan Salah Guna Wang 1MDB

73

Sebuah lagi bank dikaitkan dengan salah guna wang Syarikat 1MDB, iaitu bank yang berpangkalan di Switzerland, Coutts & Co Ltd. Coutts yang mempunyai akaun seorang pelanggan yang dikaitkan dengan 1MDB disiasat atas salah guna ini oleh pihak berkuasa di Switzerland.

Bank ini yang juga anak syarikat kepada Royal Bank of Scotland (RBS) adalah bank yang diperbadankan di Switzerland. Ia menjadi perhatian apabila Sarawak Report yang berpangkalan di UK mengaitkan bank ini dengan dengan skandal 1MDB.

Prosiding mahkamah sudah berada di peringkat akhir dan Coutts dilaporkan telah memberikan kerjasama sepenuhnya. Jika disabit kesalahan, bank tersebut mungkin akan diberikan penalti kewangan dan/ atau sekatan peraturan.

Menurut laporan, Coutts mengendalikan wang untuk usaha sama 1MDB-PetroSaudi International pada tahun 2009. Sebahagian besar daripada jumlah itu didakwa disalurkan ke akaun Good Star Ltd dalam Coutts Zurich.

Finma mendakwa sejumlah AS$ 4 bilion ataupun RM16.8 bilion disalahgunakan daripada syarikat pelaburan Malaysia itu dan sebahagian daripada wang dipindahkan ke akaun Swiss oleh bekas pegawai-pegawai awam Malaysia dan pegawai dari United Arab Emirates.

 

Ada Kemungkinan Kerugian 1MDB Lebih Banyak Daripada Yang Dilaporkan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat