SEC Bantah Binance US Beli Voyager Digital $1 Bilion!

301

“Ada je yang tak kena dekat mata SEC, macam mana la agaknya nak puaskan hati SEC ni.”

Dilaporkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) membantah rancangan syarikat exchanger mata wang kripto Binance US yang berhasrat untuk membeli Voyager Digital pada harga $1 bilion.

Malah demi mengelak daripada berlaku sebarang rintangan semasa Binance US berjaya memperoleh Voyager, SEC turut ingin mengetahui kaedah yang akan digunakan Voyager untuk mendapatkan semula aset pelanggannya.

Selain itu, SEC menuntut butiran lanjut berkaitan portfolio kripto Voyager untuk memastikan dana pelanggannya dapat dikembalikan semula tanpa sebarang rintangan.

Secara konteks, Binance US telah memeterai perjanjian bersama Voyager untuk memperoleh asetnya pada pertengahan Disember selepas FTX US memenangi bidaan pembelian tersebut pada akhir Oktober namun gagal.

Dalam pada itu, pasaran kripto dilaporkan mengalami kejatuhan teruk apabila Voyager memfailkan bankrap Bab 11 pada awal Julai.

Setakat ini, jumlah modal pasaran Voyager lonjak 1.7% pada %854 bilion dalam tempoh 24 jam lalu tetapi masih melakukan pergerakan volatile.

Umumnya, kebanyakan pelabur mula berpandangan bahawa Pengerusi SEC Gary Gensler tidak mempunyai usaha untuk kembangkan lagi kripto secara global, malah memberi sekatan yang lebih ketat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat