Sedalam Manakah Terjunan AUD/USD Selepas Keputusan Mesyuarat Polisi RBA?

355

Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% seperti yang dijangkakakan pada mesyuarat polisi terbaru edisi Oktober.

Bank pusat tidak akan meningkatkan kadar faedah sehingga pekerjaan dan sasaran inflasi dicapai dan menambah, pelonggaran polisi akan dilanjutkan untuk menyokong pekerjaan ketika ekonomi sedang bergerak ke arah pemulihan.

Gelombang Covid-19 kedua yang melanda Victoria telah menyebabkan kemerosotan pada kadar pengeluaran Australia dan sokongan monetari dan fiskal masih diperlukan untuk tempoh lebih lama.

Kadar pengangguran juga dijangka akan berada di paras yang agak tinggi untuk tempoh yang agak panjang di Australia.

Pada carta bagi pasangan matawang AUD/USD, dapat dilihat pengukuhan sementara dolar Australia susulan keputusan mesyuarat diterbitkan sebelum harga kembali menjunam.

Harga melonjak melepasi paras 0.72000 menguji paras resistance tersebut sebelum membuat penurunan di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.

Penurunan di bawah paras tersebut telah memberi petunjuk awal untuk perubahan trend bearish harga.

Namun, berkemungkinan penurunan harga dibantutkan oleh kesan penyusutan US dolar dalam sentimen pasaran yang menunjukkan pemulihan.

Jika penurunan berjaya diteruskan, paras tumpuan dilihat pada zon RBS (resistance become support) pada 0.70800 sebelum harga menuju ke zon support 0.70000.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras resistance 0.72000 akan kembali diuji sebelum kenaikan lebih tinggi akan dipaparkan dengan perubahan trend bullish di carta AUD/USD.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat