Sedih! Emas Jatuh Menyembah Bumi

435

Malang buat logam kuning emas kerana gagal menyinar tatkala sentimen risk-off menyelubungi pasaran disebabkan US dolar yang lebih kuat.

Pada sesi Asia, harga emas didagangkan rendah pada sekitar harga $,1668 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,675 per auns.

Perang Rusia-Ukraine kembali hangat susulan satu letupan yang telah mencetuskan kebakaran besar dan merosakkan jambatan utama Kerch, satu-satunya penghubung darat antara Rusia dengan Crimea.

Bertindak balas kepada insiden tersebut, Moscow melancarkan serangan agresifnya dengan menghujani peluru berpandu ke atas bandar-bandar Ukraine pada Isnin menyebabkan sistem komunikasi dan tenaga terjejas teruk.

Ini sekali gus meletakkan pasaran dalam suasana berisiko, namun emas gagal memanfaatkan peluang tersebut berikutan pengukuhan US dolar dan hasil perbendaharaan yang lebih tinggi.

Indeks dolar kembali meningkat menuju ke paras ketinggian 20 tahun, manakala hasil bon AS 10 tahun  juga semakin menghampiri tahap tertinggi 12 tahun pada 3.98%.

Ia turut disokong oleh bacaan positif dalam data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada September yang menguatkan semula jangkaan untuk kenaikan 75 mata asas pada mesyuarat polisi November.

Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada data inflasi pengguna dan pengeluar AS yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat