Sekali Lagi Kebangkitan Emas Terbantut!

528

Emas didagangkan lebih rendah pada pembukaan sesi Eropah, susulan pemulihan yang dipamerkan hasil perbendaharaan dan US dolar menyebabkan daya tarikan terhadap logam berharga itu berkurang.

Memasuki sesi Eropah, emas diperdagangkan susut di sekitar harga $1,800 per auns, selepas meningkat tinggi pada minggu lalu disebabkan kejatuhan hasil bon ke paras terendah sejak Februari.

Hasil bon AS 10 tahun kembali memaparkan kenaikan pada awal minggu, berada kukuh di tahap 1.35%.

Sementara dolar greenback meningkat semula selepas mencatat penurunan pada Jumaat lepas, dengan indeks dolar didagangkan lebih tinggi berbanding pesaing utamanya pada 92.22.

Penerbitan data inflasi AS dan ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pada minggu ini, akan menjadi tumpuan utama para pelabur yang menantikan petunjuk jelas mengenai bila pengurangan (tapering) akan bermula.

Selain itu, keputusan kadar faedah dari bank pusat New Zealand, Kanada dan Jepun pada minggu ini juga akan menjadi tumpuan pasaran.

Pada minggu lalu, People’s Bank of China (PBOC) tanpa dijangka telah mengurangkan kadar faedah untuk semua bank sebanyak 50 mata asas, melepaskan kira-kira 1 trilion yuan kecairan jangka panjang ke dalam ekonomi.

Ini bertujuan untuk mengatasi kesan kenaikan harga komoditi terhadap pengeluaran dan operasi perniagaan , yang mencerminkan momentum pertumbuhan yang perlahan dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat