Sekatan Datang Bertimpa-Timpa, Giliran UK Pula Umum Sekatan Yang Lebih Ketat Ke Atas Rusia!

989

Pada minggu ini, negara-negara barat mula mengenakan sekatan fasa seterusnya ke atas Rusia berikutan konflik antara Rusia dan Ukraine yang semakin memuncak. Seperti sedia maklum bahawa negara-negara barat mengkritik keras tindakan Rusia dan bagi mengekang hal ini mereka telah melancarkan beberapa siri sekatan untuk beri tekatan.

Negara Eropah telah melancarkan sekatan fasa kelima ke atas Rusia baru-baru ini yang antaranya mensasarkan lebih banyak bank seperti Sberbank. Bukan itu sahaja, Eropah turut merancang mensasarkan terhadap sekatan minyak dan gas.

Terkini, giliran Britain pula mengumumkan langkah yang sama dengan meningkatkan tekanan ke atas Rusia melalui sekatan. Britain meningkatkan sekatan perdagangan ke atas Rusia dengan menyasarkan barangan mewah termasuk kaviar, perak dan berlian melalui larangan import dan tarif yang lebih tinggi.

Sekatan terkini termasuk larangan import perak, produk kayu dan barangan mewah dari Rusia termasuk kaviar, kata jabatan perdagangan antarabangsa Britain pada hari ini. Bukan itu sahaja, Britain turut menaikkan tarif kepada 35% ke atas beberapa produk dari Rusia dan Belarus, termasuk berlian dan getah.

Britain memulakan langkah sekatan ke atas Rusia pada 15 Mac melalui pengumuman larangan import ke atas beberapa barangan mewah dan tarif tambahan ke atas rangkaian produk Rusia, termasuk vodka, logam, baja dan komoditi lain. Sekatan terbaru ke atas perdagangan datang sebagai tambahan dengan menambah 26 sekatan baharu yang diumumkan oleh kerajaan dari fasa ke fasa.

Tumpuan pasaran masih terpacu pada perkembangkan situasi peperangan antara Rusia dan Ukraine.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat