Sekatan Terhadap Rusia Mula Dirasai Pasaran Minyak!

2,146

Pasaran minyak mentah terus ditekan oleh kebimbangan terhadap kekangan bekalan minyak mentah berikutan beberapa langkah sekatan yang telah dikenakan ke atas Rusia mula dirasai.

Kebimbangan ini meningkat selepas syarikat besar minyak dan gas, termasuk BP dan Shell mengumumkan rancangan mereka untuk keluar daripada operasi dan usaha sama dengan Rusia.

Kanada juga menjatuhkan sekatan dengan melarang import minyak mentah dari Rusia selain turut membekalkan senjata kepada Ukraine.

Bukan itu sahaja, malah, sekatan Barat ke atas Rusia daripada sistem pembayaran antarabangsa SWIFT juga bakal menyukarkan Moscow dalam pengeksportan minyak dan gasnya.

Meskipun begitu, laporan mengenai Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan 30 juta tong daripada Rizab Petroleum Strategik telah mengimbangi kebimbangan tersebut.

Ini meletakkan niaga hadapan minyak mentah Brent kembali mendaki pada $100 setong ketika sesi Eropah, selepas merosot ke sekitar harga $97 setong. Dagangan WTI Amerika Syarikat pula stabil pada $97 setong.

Sementara itu, OPEC+ akan bermesyuarat pada hari Rabu untuk membincangkan mengenai penetapan pengeluaran seterusnya yang dijangka kekal dengan tambahan sebanyak 400,000 tong sehari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat