Sekelip Mata Keuntungan Diraih Emas Ranap!

1,473

Emas kembali menghapuskan keuntungan yang diraih susulan keputusan dasar Federal Reserve (Fed), ketika hasil bon AS meningkat ke tahap tertinggi mingguan pada 1.68% berikutan data ekonomi AS yang positif.

Terdahulu, harga emas melonjak tinggi ke paras harga $1,789 per auns selepas Fed mengekalkan kadar faedah dan program pembelian bon tidak berubah pada mesyuarat polisi sesi April.

Selain itu, Fed juga menolak spekulasi untuk mengurangkan pelonggaran pembelian bon lebih awal walaupun inflasi telah menunjukkan peningkatan, menandakan bank pusat akan terus dengan dasar monetari yang longgar.

Bagaimanapun, keuntungan yang diraih oleh dagangan emas tidak lama, selepas logam berharga itu menjunam rendah susulan penerbitan data ekonomi AS.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat pada 6.4% pada suku pertama tahun ini dari 4.3% yang dicatatkan pada suku sebelum ini, didorong oleh peningkatan ketara dalam perbelanjaan pengguna.

Bacaan yang kukuh ini telah mendorong hasil bon dan matawang US dolar melonjak tinggi dan membenam logam kuning lebih rendah pada sesi New York.

Ini dapat dilihat daripada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menjunam sekitar 340 pips ke paras harga $1,755 dari kenaikan yang dicatatkan sebelumnya.

Pada sesi Asia hari ini, logam berharga emas diniagakan di sekitar harga $1,767 per auns.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat