Sektor Ekonomi Eropah Semakin Menderita Angkara Lockdown Kedua!

686

Ekonomi Eropah terus menerima tekanan daripada penutupan terbaru yang dilaksanakan untuk membendung kebangkitan semula kes coronavirus.

Data PMI terbaru menunjukkan penguncupan yang lebih pantas dalam aktiviti perniagaan Perancis pada bulan Januari, sebahagiannya didorong oleh pelaksanaan sekatan coronavirus lebih ketat. Ia mempamerkan penguncupan untuk bulan kelima berturut-turut dengan penyedia perkhidmatan mencatatkan penurunan lebih besar berbanding sebelumnya.

Berbeza pula dengan aktiviti pembuatan di Perancis yang memperlihatkan pengembangan lebih baik daripada dijangkakan pada bulan ini.

Sektor pembuatan di Jerman pula masih mencatatkan pertumbuhan walaupun sedikit tersasar daripada ramalan pasaran dan bacaan terdahulu. Sementara aktiviti perkhidmatan Jerman masih merekodkan penyusutan, namun lebih baik daripada dijangkakan.

Secara keseluruhannya, aktiviti perniagaan di Zon Eropah kekal di bawah penguncupan, jatuh ke paras terendah dua bulan pada bulan Januari.

Menurut ketua ekonomi perniagaan di IHS Markit, Zon Eropah nampaknya tidak boleh mengelak daripada mengalami kemelesetan dua kali ganda berikutan prestasi yang dipamerkan dalam data terbaru.

Dalam pada itu, selain data ekonomi di Zon Eropah, pasaran juga diperlihatkan dengan penerbitan data dari UK yang menyaksikan penurunan ketara dalam kedua-dua sektor.

Sektor pembuatan UK jatuh ke paras terendah 7 bulan dan jauh tersasar dari ramalan pasaran dan bacaan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Sementara aktiviti perniagaan pula menerima tamparan daripada pelaksanaan sekatan yang lebih ketat sehingga menyebabkan pengurangan dalam perbelanjaan pengguna, dengan mencatatkan penguncupan lebih besar pada Januari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat