Sektor Pembinaan UK Perlahan ke Paras Terendah 13 Bulan Lalu

99

Laporan data sektor pembinaan U.K pada hari ini meleset buat pertama kali dalam tempoh 13 bulan pada bulan September, menambahkan lagi kebimbangan kondisi ekonomi dan mengurangkan jangkaan kenaikan kadar faedah.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan IHS Markit, indeks sektor pembinaan (Construction Purchasing Managers’ Index, PMI) jatuh kepada 48.1 pada bulan lepas berbanding bulan Ogos yang menunjukkan bacaan pada 51.1. Pakar ekonomi menjangkakan indeks tersebut hanya akan jatuh pada 51.0 pada bulan Septmber.

Berdasarkan indeks tersebut, jika bacaan melebih 50.0 menunjukkan indikasi sektor tersebut berkembang, namun jika bawah bacaan 50.0 menunjukkan pengucupan dalam sektor pembinaan.

Kejatuhan ini menunjukkan industri pembinaan U.K menghadapi kesukaran berikutan kejatuhan berterusan indeks pembinaan baru telah mengakibatkan kejatuhan aktiviti ekonomi secara keseluruhan sejak Ogos 2016.

Berdasarkan kaji selidik, hal ini adalah berikutan kejatuhan aktiviti pembinaan yang akhirnya telah mengurangkan keyakinan dan tahap risiko dalam kalangan pelanggan, terutama sekali yang terlibat dalam sektor pembinaan komersial.

”Prestasi ekonomi yang melemah berikutan penangguhan perbelanjaan yang disebabkan referendum di Kesatuan Eropah. Firma syarikat pembinaan terpaksa berhadapan kekurangan aktiviti pembinaan sejak awal tahun 2013.

GBP/USD didagangkan pada 1.3255 daripada paras 1.3280 selepas data dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat