Sektor Perkhidmatan Jepun Tumbuh Pada Kadar Pantas Dalam 8 Tahun

228

‘Banzai!’

Bacaan indeks pengurusan pembelian (PMI) Jepun memperlihatkan perkembangan pantas pada aktiviti sektor perkhidmatan negara matahari terbit tersebut dalam 8 tahun.

Ia secara tidak langsung mencadangkan bahawa sentimen dalam kalangan perniagaan terutamanya pelancongan semakin memulih dengan keredaan sekatan coronavirus di seluruh dunia.

Menyingkap laporan PMI keluaran Jibun Bank Japan Service, bacaan meningkat 54.0 pada Jun berbanding 52.6 semasa Mei yang menandakan kadar pertumbuhan terpantas sejak Oktober 2013.

Jelas Usmah Bhatti, pakar ekonomi S&P Global Market Intelligence, firma sektor perkhidmatan Jepun dilihat berlaku peningkatan aktiviti yang kukuh.

Ini merupakan satu berita baik bagi kerajaan Jepun yang mempertaruhkan permintaan domestik dalam memastikan negara ekonomi ke-3 dunia itu berada dalam landansan pemulihan yang baik serta mengatasi tekanan pengeluaran.

Sungguhpun begitu, purata harga input firma juga meningkat pada kadar tinggi sejak berlakunya lonjakan permintaan pada perkhidmatan serta kenaikan harga bahan api dan bahan mentah.

Perkara ini merujuk Bhatti akan mendorong firma untuk menaikkan harga terhadap barangan perkhidmatan pada kadar terpantas sejak Oktober 2019.

Selain itu, dapat dirumuskan juga bahawa terdapat pertumbuhan pekerjaan bulan ke-5 berturut-turut dalam sektor perkhidmatan walaupun kadar kewujudan pekerjaan lebih rendah berbanding Mei.

Pada sisi berbeza, PMI komposit yang dianggarkan berdasarkan aktiviti pembuatan serta perkhidmatan juga meningkat pada 53.0 daripada 52.3 bulan sebelumnya dan berkembang pada kadar terpantas 7 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat