Sektor Perkhidmatan UK Catat Bacaan Tertinggi 16 Bulan – Ini Perkembangan Terhadap Ekonomi!

319

Ekonomi UK pulih pada bulan Januari berikutan ketidakpastian politik yang semakin pudar sejak kemenangan Boris Johnson dalam pilihan raya umum pada bulan Disember. Hal ini secara tidak langsung telah membantu syarikat-syarikat sektor perkhidmatan sehingga mencatat peningkatan yang tertinggi sejak pertengahan tahun 2018.

Sektor perkhidmatan termasuk perbankan, insurans, restoran dan hotel – menyumbang kira-kira 80% daripada ekonomi. Mengikut laporan data terbaru dari IHS Markit dan Institut Perolehan dan Pembekalan Berkanun, menunjukkan aktiviti perniagaan meningkat untuk pertama kalinya sejak Ogos lalu.

Peningkatan dalam aktiviti domestik telah mendorong lonjakan dalam ekonomi UK walaupun sektor eksoprt sedikit meredup. IHS Markit melaporkan Indeks Tempahan Pengurus (PMI) sektor perkhidmatan meningkat kepada bacaan 53.9 pada bulan lepas, peningkatan terbesar sejak September 2018. Bacaan ini juga mengatasi anggaran oleh para penganalisis.

Pengarah ekonomi, Tim Moore berpendapat bahawa bacaan PMI membawa indikasi bahawa KDNK UK akan meningkat sebanyak 0.2% bagi sukuan pertama.

Data PMI juga menunjukkan bahawa tempahan bagi syarikat sektor perkhidmatan UK dari EU masih lagi berkembang perlahan berikutan ketidakpastian Brexit ketidaktentuan permintaan pada bulan Januari.

Johnson telah berjanji bahawa UK akan keluar dari tempoh peralihan Brexit, yang mengekalkan perdagangan bebas dengan EU sehingga penghujung Disember, dengan atau tanpa perjanjian perdagangan baru yang komprehensif dengan Brussels.
 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat