Selagi Anda Tak Tanya Diri Anda Soalan Ni, Selagi Tu Anda Akan Sangkut Dalam Industri Ini

534

Apa anda nak daripada trading sebenarnya? Kenapa kejar sangat nak jadi trader? Perlu ke belanjakan duit untuk depo dalam akaun? Penting ke bayar buku/kelas untuk belajar trade?

Adakah sebab mahu jadi kaya? Adakah sebab trade ni mengujakan & mendebarkan? Atau sukakan pada cabaran?

Perkara paling penting sebelum menjadi trader adalah wajib tahu apakah motivasi dan matlamat sebenar anda atau sebenarnya tak perlu trader pun?

Trader yang tidak serius dan MALAS akan disebat dibaham dihentam oleh market dengan cepat!

Percayalah, jika anda anggap trade ni ibarat fast money, baik anda pergi Macau atau Vegas untuk berjudi! (mohon jangan buat)

Berbalik pada tujuan dan motivasi, ramai mahu menjadi seorang trader dengan harapan untuk menampung perbelanjaan bulanan, ada yang mahu berhenti kerja dan menjadi trader sepenuh masa dan sebagainya.

Cuma, alang-alang dah masuk dalam industri ini, pastikan tujuan dan matlamat tersebut sangat-sangat jelas dan logik untuk dicapai.

Elakkan daripada meletakkan matlamat yang sangat kabur seperti “Aku trade sebab nak kaya”.

Pastikan ia jelas!

Contohnya :

“Aku mahu 1% daripada modal setiap trade”

“Aku mahu profit aku boleh cover bayar kereta bulanan”

“Aku nak jumlah profit 5 kali ganda daripada gaji”

Pastikan ia betul-betul jelas dan logik, bukan setakat anda tahu apa yang anda betul-betul nak, tapi anda akan perhatikan progres anda dan akan lihat sama ada semakin baik atau sebaliknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat